Sunday, May 11, 2025

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di handphone anda

Anda boleh pilih emas yang anda kehendaki sama ada 1g, 5g, 10g dan sebagainya. 

Anda akan dikenakan sedikit caj premium dan juga caj penghantaran untuk khidmat GIT (Gold In Transit, @ pos ke rumah).

Untuk emas 21.25g dan ke bawah, Public Gold akan poskan emas anda ke alamat anda dalam tempoh 2 minggu.

Bagi emas melebihi 21.25g, anda/intoducer anda yang telah anda beri kuasa secara bertulis untuk mewakili diri anda perlu datang sendiri ke pejabat Public Gold pilihan anda untuk menuntut item emas tersebut.

Selain itu, jika anda ingin keluarkan/fizikalkan emas anda serta merta, anda bolehlah keluarkan /fizikalkan emas anda menggunakan akaun GAP anda di mesin ATM Public Gold di lokasi yang ada menyediakan mesin ATM Public Gold. Jenis dan rekabentuk emas terhad kepada stok yang ada di dalam mesin ATM Public Gold tersebut sahaja.

Anda akan dikenakan caj premium dan juga caj mesin ATM untuk pengeluaran emas fizikal melalui mesin ATM Public Gold ini. 

Bayaran untuk caj premium dan caj mesin ATM ini perlu dibuat secara berasingan menggunakan FPX, kad kredit atau pun e wallet seperti menu yang dipaparkan di mesin ATM Public Gold (setelah anda buat pilihan produk emas dan pilih untuk bayar menggunakan akaun GAP)

Jika anda menghadapi apa-apa masalah sewaktu anda ingin keluarkan emas fizikal dari mesin ATM Public Gold ini, anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di mesin ATM Public Gold tersebut.  

Sila rujuk https://emasdankita.blogspot.com/2025/04/senarai-mesin-atm-public-gold-di.html

untuk lokasi mesin ATM Public Gold


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz

Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia

 'Your Ultimate Financial Freedom Begins Here'

Bagaimana Hendak Menyimpan Kalau Duit Tidak Cukup?



Ramai orang mengalami masalah yang sama, bukan anda seorang sahaja.


Kalau simpan, duit tidak cukup. Kalau tak simpan pun, duit tidak cukup juga. Jadi, lebih baik anda menyimpan. Sekurang-kurangnya, anda ada tabung untuk anda korek ketika kecemasan. Anda juga tak perlu buat hutang yang baru lagi sewaktu kecemasan kerana anda sudah ada tabungan, walaupun tak banyak.


Apabila anda dah ada tabungan dan anda korek tabung anda, sekurang-kurangnya anda akan ada rasa bersalah kerana telah kurangkan tabungan anda dan anda akan berusaha untuk ganti semula tabungan anda yang dah susut sedikit itu secepat mungkin.


Menyimpan adalah soal keutamaan. Bila anda utamakan menyimpan, anda akan hadkan perbelanjaan anda dan anda akan belajar berbelanja mengikut baki yang ada sahaja. 


Bila anda mula meyimpan juga, anda akan semakin berkira untuk berbelanja dan semakin kreatif dan bersemangat berfikir bagaimana untuk tambahkan tabungan anda. Anda akan berusaha untuk mencari pendapatan tambahan untuk menambah tabungan anda untuk mencapai matlamat simpanan anda secepat mungkin.


Seperti yang telah saya tuliskan dalam posting saya sebelum ini, bagi yang masih belum ada sasaran simpanan, jadikan simpanan 3 bulan gaji atau 3 bulan pendapatan bersih perniagaan anda sebagai sasaran/matlamat awal simpanan anda dahulu. Seterusnya, tingkatkan sasarana anda kepada 6 bulan simpanan, 9 bulan simpanan dan 12 bulan simpanan dan seterusnya.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold?

Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz,
Dealer Aktif Public Gold,
Bangi, Malaysia


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan itu emas'

Cara Menyimpan Atau Menabung






Jika kita hendak menyimpan atau menabung, kita jangan tunggu ada duit lebih baru hendak menabung.

Kita perlu ketepikan siap-siap bajet tabungan kita sebaik sahaja kita terima gaji atau hasil pendapatan kita sebagaimana kita buat bayaran untuk zakat..

Sebaiknya, kita paksa diri untuk ketepikan 10% daripada gaji/pendapatan kita untuk disimpan. Bagi yang kurang mampu, simpanlah ikut kemampuan anda asalkan anda menyimpan secara konsisten.

Bagi yang nak cepat capai bebas kewangan, simpanlah 30% hingga 50% daripada gaji atau pendapatan setiap bulan.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold?

Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz,
Dealer Aktif Public Gold,
Bangi, Malaysia


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan itu emas'


Friday, May 2, 2025

Emas Dan Belanja Hangus

EMAS DAN BELANJA HANGUS


Salah satu cara berkesan untuk menutup kebocoran simpanan adalah dengan menjadikan sebahagian emas anda sebagai backup belanja hangus

.

Bila nak belanja hangus, seperti beli handphone baru untuk ganti handphone yang rosak, tukar tayar kereta, baiki kereta, repair laptop, ganti alatan rumah yang rosak akibat banjir dsb., anda boleh gadaikan emas yang telah anda simpan untuk dapatkan pinjaman

.

Bila terpaksa gadai, anda tak akan berbelanja sembarangan kecuali perbelanjaan tu benar-benar penting sahaja

.

Bila dah ada duit nanti, perkara pertama yang anda perlu buat ialah tebus semula emas tu dahulu

.

Akhirnya, anda dapat selesaikan keperluan mendesak anda dan dalam masa yang sama, simpanan anda tak bocor. 


Emas yang sama yang telah anda tebus semula itu tadi boleh anda manfaatkan berkali-kali pada waktu mendesak anda pada masa hadapan


In Syaa Allah.


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan iu emas'


Saturday, April 19, 2025

Harga Emas Dijangka Naik RM710 per gram?

Berikut adalah petikan akhbar bekaitan jangkaan kenaikan harga emas


https://www.sinarharian.com.my/article/719318/bisnes/harga-emas-bakal-melonjak-rm710-segram

Senarai Mesin ATM Public Gold di Seluruh Malaysia

Kini, anda boleh membeli emas fizikal Public Gold melalui mesin ATM yang disediakan oleh Public Gold di seluruh Malaysia. Berikut disenaraikan lokasi Mesin ATM Public Gold di Seluruh Malaysia


 Northern Region

Address

 Public Gold Alor Setar Branch

43 & 43-A ,Tingkat 1, Jalan PSK 1, Pekan Simpang Kuala, 05400, Alor Setar, Kedah.

 Public Gold Sungai Petani Branch

No. 24, Jalan Kampung Baru, Taman Patani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

 Public Gold Ipoh Branch

No. 28, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak

 KDE Kepala Batas, Penang

Tingkat bawah, No 13, Jalan Usahawan 2, pusat perniagaan, 13200 Kepala Batas, Penang.

 KDE Bandar Perda, Penang

479, Jln. Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

 KDE Relau, Penang

88M, Jalan Tun Dr Awang, Relau, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

 UTC Perlis, Perlis

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis, Jalan Seri Sena, Kampung Sena, 01000 Kangar, Perlis.

 Aman Central Mall, Alor Setar
(Infront Brands Outlet)

Aman Central, 1, Darul Aman Hwy, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

 MYDIN Bukit Mertajam
(Ground Floor)

Lot 3424, 1619, 1611,1511 & 850, FM04, Mydin Mall Bukit Mertajam, Mukim 6, Jln Baru, 13600 Seberang Perai, Pulau Pinang

 MYDIN Bertam, Pulau Pinang
(Ground Floor near the entrance of Groceries)

MYDIN Bertam, Lot 2901, Jalan Bertam Perdana 1, Taman Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

 MYDIN Bukit Jambul, Pulau Pinang
(Ground Floor near the entrance of Groceries)

MYDIN Mall Bukit Jambul, No. 11, Jalan Masjid Negeri, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

 MYDIN Taman Saga, Alor Setar, Kedah
(Ground Floor near the ATM Machine)

MYDIN Taman Saga, Jalan Raya Utama, Taman Saga, 08000 Sungai Petani, Kedah

 MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah
(Ground Floor near the entrance of Groceries)

MYDIN Taman Batik, Jalan Perdana Heights 1, Taman Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

 Kulim Landmark Central, Kedah
(Ground Floor in front of Tealive)

Kulim Landmark, Jalan Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah

 TF Value-Mart Seri Manjung, Perak
(Ground Floor beside of Bank ATM)

PT 10858, Pusat Perniagaan, Manjung Point Seksyen 1, 32040 Seri Manjung, Perak.

 MYDIN RTC Gopeng

31600 Kampung Kepayang, Perak

 MYDIN Meru Raya, Perak
(Ground Floor near Watson)

MYDIN Meru Raya, No. 1, Jalan Meru Bestari B2, 30020 Ipoh, Perak

 MYDIN Parit Buntar, Perak
(Ground Floor beside Telco Store and in front of Escalator)

Mydin Parit Buntar, Lot 1840, Jalan Taiping, 34200 Parit Buntar, Perak

 D Mall Seri Iskandar
(Ground Floor, Near the Gadget Store)

No. 526, Lebuh Seri Iskandar Business Centre, Bandar Seri Iskandar, 32610 Perak.

 Taiping Central Mall
(Ground Floor, Near the entrance)

No. 36, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak.

 Central Region

Address

 KLIA

64000 Sepang, Selangor.

 Subang Airport
(Public Concourse)

Ground Floor, Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Airport) (SZB), Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor.

 Menara Public Gold

No. 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 Menara AA

247, Jln Tun Razak, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 Menara MARA

Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

 Public Gold Bangi Branch

No. 27, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

 Public Gold Ampang Branch

12-G, Jalan Dagang, 1/1A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.

 Giant Bandar Kinrara, Puchong
(Ground Floor, beside Old Klang Road Kopitiam)

Lot 449 Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Jalan BK 5a/1, Bandar Kinrara 5, 47180 Puchong, Selangor.

 MYDIN Semenyih, Selangor

Lot 21452, Jln Anggerik Perdana 1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor

 BMC Mall
(Ground Floor & Next to Gdex)

Bukit Mahkota Cheras Mall, Jalan Temenggung 27/9, 43200 Cheras, Selangor

 Giant Shah Alam Stadium

Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

 Mydin Subang Jaya
(Ground Floor, next to Sushi King)

675 & 676, Persiaran Subang Permai, Taman Perindustrian USJ 1, 47500 Subang Jaya, Selangor.

 3 Damansara, Petaling Jaya

3, Jalan SS 20/27, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

 Giant Kemuning Utama, Shah Alam
(Ground Floor, beside Escalator)

Giant Hypermarket Kemuning Utama, No. 2, Jalan Anggerik Vanilla U31/U, Kemuning Utama, 40460 Shah Alam, Selangor

 Hero Market Bandar Puteri Puchong, Selangor

49, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.

 Kipmall Desa Coalfields, Sungai Buloh
(Ground Floor beside of Bank ATM)

Jalan DC 4/5, Desa Coalfields, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

 Kipmall Bangi, Selangor
(Level 3 in front of Mr. DIY)

No. 1 Jalan Medan Bangi Business Park Bangi Golf Resort) Off, Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

 Summit USJ, Subang Jaya

Summit USJ, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.

 Kipmall Kota Warisan, Sepang

BreadOne, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

 CS Bangi Avenue, Kajang
(Ground Floor beside of Kids Playground)

No. 1, Persiaran Bangi Avenue, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.

 Melawati Mall
(Ground Floor & Next to Escalator)

355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur

 Mydin Danau Saujana, Kuala Lumpur
(Near the main entrance)

Lot G22, PV12, Platinum Lake Condominium, No. 6, Jalan Langkawi, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

 M3 Shopping Mall, Kuala Lumpur
(Level 1 in front of travelator pole)

Jln Madrasah, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 East Coast

Address

 Public Gold Kuantan Branch
(Ground Floor)

36, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang.

 Public Gold Kelantan Branch

Lot 342, Seksyen, 21, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

 KDE Kuala Terengganu

No 1F ( GF, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

 MYDIN Tunjong
(Ground Floor)

Lot PT 666, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan

 Lotus’s Kota Bharu

Lot 1828, Seksyen 17, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

 G-Orange Mall Kota Bharu, Kelantan

18300 Gua Musang, Kelantan

 MYDIN Gong Badak, Terengganu
(Ground Floor)

Kampung Banggul Tiang Kulat, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

 MYDIN Mall Kuala Terengganu
(Ground Floor near the Groceries entrance)

Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

 MYDIN Jengka
(Ground Floor next to Gadget Store)

Bandar Baru Jengka, 26400 Bandar Jengka, Pahang

 TF Value-Mart Temerloh, Pahang

Lot 1F-1, Temerloh Mall, Off Jalan Jaya, 28000 Temerloh, Pahang

 Southern Region

Address

 Johor Bahru Senai International Airport
(Next to Subway)

Johor Darul Ta'zim, 81250 Johor Bahru, Johor

 Public Gold Johor Branch

106, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim

 KDE Melaka Branch

No.9, Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, 75350 Batu Berendam, Melaka.

 MYDIN Senawang, Negeri Sembilan
(Ground Floor)

No. 110, Jalan BPS 7, Taman Senawang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

 Giant 9 Avenue, Nilai
(Next to KFC)

Giant, Bandar Baru Nilai, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

 MYDIN Pulau Sebang, Melaka
(Ground Floor, opposite to Marrybrown)

Jalan Pulau Sebang / Tampin, Kampung Lendu Pekan, 78000 Alor Gajah, Melaka.

 MYDIN Jasin, Melaka

PT 8537, Seksyen 1 Bandar Jasin Bestari, 77200 Jasin, Melaka

 Kiara Square Shopping Mall, Negeri Sembilan

98, Jalan Kiara 2, Pusat Perniagaan Kiara, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.

 UTC Melaka
(Near Elevator)

Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

 MYDIN Pelangi Indah
(Ground Floor)

PTD 120470, Persiaran Pelangi Indah, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor.

 MYDIN Mutiara Rini
(Ground Floor)

7, Persiaran Jaya 1, Mutiara Rini, 81300 Johor Bahru, Johor.

 Kulai Hypermarket

PTD 73982, Taman Kulai Utama, Johor, 81000 Johor Bahru.

 MYDIN Taman Rinting

Mydin Mall, Jln Rinting, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor Darul Ta'zim.

 Wetex Parade Hypermall

69, Jalan Ali, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim.

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...