EMAS DAN BELANJA HANGUS
Salah satu cara berkesan untuk menutup kebocoran simpanan adalah dengan menjadikan sebahagian emas anda sebagai backup belanja hangus
.
Bila nak belanja hangus, seperti beli handphone baru untuk ganti handphone yang rosak, tukar tayar kereta, baiki kereta, repair laptop, ganti alatan rumah yang rosak akibat banjir dsb., anda boleh gadaikan emas yang telah anda simpan untuk dapatkan pinjaman
.
Bila terpaksa gadai, anda tak akan berbelanja sembarangan kecuali perbelanjaan tu benar-benar penting sahaja
.
Bila dah ada duit nanti, perkara pertama yang anda perlu buat ialah tebus semula emas tu dahulu
.
Akhirnya, anda dapat selesaikan keperluan mendesak anda dan dalam masa yang sama, simpanan anda tak bocor.
Emas yang sama yang telah anda tebus semula itu tadi boleh anda manfaatkan berkali-kali pada waktu mendesak anda pada masa hadapan
In Syaa Allah.
'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan iu emas'
0 comments:
Post a Comment