Sunday, May 11, 2025

Bagaimana Hendak Menyimpan Kalau Duit Tidak Cukup?



Ramai orang mengalami masalah yang sama, bukan anda seorang sahaja.


Kalau simpan, duit tidak cukup. Kalau tak simpan pun, duit tidak cukup juga. Jadi, lebih baik anda menyimpan. Sekurang-kurangnya, anda ada tabung untuk anda korek ketika kecemasan. Anda juga tak perlu buat hutang yang baru lagi sewaktu kecemasan kerana anda sudah ada tabungan, walaupun tak banyak.


Apabila anda dah ada tabungan dan anda korek tabung anda, sekurang-kurangnya anda akan ada rasa bersalah kerana telah kurangkan tabungan anda dan anda akan berusaha untuk ganti semula tabungan anda yang dah susut sedikit itu secepat mungkin.


Menyimpan adalah soal keutamaan. Bila anda utamakan menyimpan, anda akan hadkan perbelanjaan anda dan anda akan belajar berbelanja mengikut baki yang ada sahaja. 


Bila anda mula meyimpan juga, anda akan semakin berkira untuk berbelanja dan semakin kreatif dan bersemangat berfikir bagaimana untuk tambahkan tabungan anda. Anda akan berusaha untuk mencari pendapatan tambahan untuk menambah tabungan anda untuk mencapai matlamat simpanan anda secepat mungkin.


Seperti yang telah saya tuliskan dalam posting saya sebelum ini, bagi yang masih belum ada sasaran simpanan, jadikan simpanan 3 bulan gaji atau 3 bulan pendapatan bersih perniagaan anda sebagai sasaran/matlamat awal simpanan anda dahulu. Seterusnya, tingkatkan sasarana anda kepada 6 bulan simpanan, 9 bulan simpanan dan 12 bulan simpanan dan seterusnya.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold?

Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz,
Dealer Aktif Public Gold,
Bangi, Malaysia


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan itu emas'

0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...