Sunday, May 11, 2025

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di handphone anda

Anda boleh pilih emas yang anda kehendaki sama ada 1g, 5g, 10g dan sebagainya. 

Anda akan dikenakan sedikit caj premium dan juga caj penghantaran untuk khidmat GIT (Gold In Transit, @ pos ke rumah).

Untuk emas 21.25g dan ke bawah, Public Gold akan poskan emas anda ke alamat anda dalam tempoh 2 minggu.

Bagi emas melebihi 21.25g, anda/intoducer anda yang telah anda beri kuasa secara bertulis untuk mewakili diri anda perlu datang sendiri ke pejabat Public Gold pilihan anda untuk menuntut item emas tersebut.

Selain itu, jika anda ingin keluarkan/fizikalkan emas anda serta merta, anda bolehlah keluarkan /fizikalkan emas anda menggunakan akaun GAP anda di mesin ATM Public Gold di lokasi yang ada menyediakan mesin ATM Public Gold. Jenis dan rekabentuk emas terhad kepada stok yang ada di dalam mesin ATM Public Gold tersebut sahaja.

Anda akan dikenakan caj premium dan juga caj mesin ATM untuk pengeluaran emas fizikal melalui mesin ATM Public Gold ini. 

Bayaran untuk caj premium dan caj mesin ATM ini perlu dibuat secara berasingan menggunakan FPX, kad kredit atau pun e wallet seperti menu yang dipaparkan di mesin ATM Public Gold (setelah anda buat pilihan produk emas dan pilih untuk bayar menggunakan akaun GAP)

Jika anda menghadapi apa-apa masalah sewaktu anda ingin keluarkan emas fizikal dari mesin ATM Public Gold ini, anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di mesin ATM Public Gold tersebut.  

Sila rujuk https://emasdankita.blogspot.com/2025/04/senarai-mesin-atm-public-gold-di.html

untuk lokasi mesin ATM Public Gold


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz

Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia

 'Your Ultimate Financial Freedom Begins Here'

Bagaimana Hendak Menyimpan Kalau Duit Tidak Cukup?



Ramai orang mengalami masalah yang sama, bukan anda seorang sahaja.


Kalau simpan, duit tidak cukup. Kalau tak simpan pun, duit tidak cukup juga. Jadi, lebih baik anda menyimpan. Sekurang-kurangnya, anda ada tabung untuk anda korek ketika kecemasan. Anda juga tak perlu buat hutang yang baru lagi sewaktu kecemasan kerana anda sudah ada tabungan, walaupun tak banyak.


Apabila anda dah ada tabungan dan anda korek tabung anda, sekurang-kurangnya anda akan ada rasa bersalah kerana telah kurangkan tabungan anda dan anda akan berusaha untuk ganti semula tabungan anda yang dah susut sedikit itu secepat mungkin.


Menyimpan adalah soal keutamaan. Bila anda utamakan menyimpan, anda akan hadkan perbelanjaan anda dan anda akan belajar berbelanja mengikut baki yang ada sahaja. 


Bila anda mula meyimpan juga, anda akan semakin berkira untuk berbelanja dan semakin kreatif dan bersemangat berfikir bagaimana untuk tambahkan tabungan anda. Anda akan berusaha untuk mencari pendapatan tambahan untuk menambah tabungan anda untuk mencapai matlamat simpanan anda secepat mungkin.


Seperti yang telah saya tuliskan dalam posting saya sebelum ini, bagi yang masih belum ada sasaran simpanan, jadikan simpanan 3 bulan gaji atau 3 bulan pendapatan bersih perniagaan anda sebagai sasaran/matlamat awal simpanan anda dahulu. Seterusnya, tingkatkan sasarana anda kepada 6 bulan simpanan, 9 bulan simpanan dan 12 bulan simpanan dan seterusnya.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold?

Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz,
Dealer Aktif Public Gold,
Bangi, Malaysia


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan itu emas'

Cara Menyimpan Atau Menabung






Jika kita hendak menyimpan atau menabung, kita jangan tunggu ada duit lebih baru hendak menabung.

Kita perlu ketepikan siap-siap bajet tabungan kita sebaik sahaja kita terima gaji atau hasil pendapatan kita sebagaimana kita buat bayaran untuk zakat..

Sebaiknya, kita paksa diri untuk ketepikan 10% daripada gaji/pendapatan kita untuk disimpan. Bagi yang kurang mampu, simpanlah ikut kemampuan anda asalkan anda menyimpan secara konsisten.

Bagi yang nak cepat capai bebas kewangan, simpanlah 30% hingga 50% daripada gaji atau pendapatan setiap bulan.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold?

Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz,
Dealer Aktif Public Gold,
Bangi, Malaysia


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan itu emas'


Friday, May 2, 2025

Emas Dan Belanja Hangus

EMAS DAN BELANJA HANGUS


Salah satu cara berkesan untuk menutup kebocoran simpanan adalah dengan menjadikan sebahagian emas anda sebagai backup belanja hangus

.

Bila nak belanja hangus, seperti beli handphone baru untuk ganti handphone yang rosak, tukar tayar kereta, baiki kereta, repair laptop, ganti alatan rumah yang rosak akibat banjir dsb., anda boleh gadaikan emas yang telah anda simpan untuk dapatkan pinjaman

.

Bila terpaksa gadai, anda tak akan berbelanja sembarangan kecuali perbelanjaan tu benar-benar penting sahaja

.

Bila dah ada duit nanti, perkara pertama yang anda perlu buat ialah tebus semula emas tu dahulu

.

Akhirnya, anda dapat selesaikan keperluan mendesak anda dan dalam masa yang sama, simpanan anda tak bocor. 


Emas yang sama yang telah anda tebus semula itu tadi boleh anda manfaatkan berkali-kali pada waktu mendesak anda pada masa hadapan


In Syaa Allah.


'Masa itu emas, ilmu itu emas, kesihatan iu emas'


Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...