Sunday, April 13, 2025

Masa Itu Emas

Semua orang ada emas tapi mereka tidak menyedarinya dan tidak menghargainya

Masa adalah emas kita yang sebenarnya dan sesuatu yang paling mahal yang Allah telah berikan kepada semua orang

Hampir segala perkara kita boleh cari dan dapatkan semula sekiranay tersilap langkah, kecuali masa.

Masa yang telah berlalu 5 minit tadi tidak akan berulang kembali. Kita tidak mampu menahan masa daripada berlalu. Walau bagaimanapun kita berusaha, usia kita akan tetap meningkat dan tubuh badan kita akan menjadi semakin uzur dan lemah. Jadi, gunakanlah masa sebaiknya.

Bagaimanakah  caranya? 

Fokuskan masa anda kepada aktiviti-aktiviti yang bernilai tinggi sahaja seperti luangkan masa bersama keluarga untuk acara-acara yang benar-benar penting untuk keluarga anda dan ibu bapa anda. l

Luangkan masa anda untuk menambah ilmu agama dan bekalan akhirat, ilmu kesihatan, ilmu pelaburan, ilmu kewangan, ilmu berniaga dan pemasaran

Belajar juga daripada pengalaman orang-orang yang berjaya dan para jutawan melalui buku-buku yang ditulis oleh mereka. Keluarkan modal untuk beli buku mereka, baca buku-buku mereka dan temui mereka secara face to face untuk pelajari teknik dan strategi mereka. Elakkan kesilapan-kesilapan mereka agar kita dapat memendekkan proses kita untuk mencapai kejayaan

Apa yang saya perhatikan, ramai di luar sana yang sanggup meminjam wang dari bank dan sebagainya untuk terus terjun memulakan perniagaan tanpa menyediakan diri mereka dengan ilmu yang secukupnya tentang perniagaan tersebut dan juga tanpa mentor. Akhirnya mereka berhenti di tengah jalan dan terus tutup kedai.

Untuk mulakan perniagaan, adalah suatu yang mudah. Tapi untuk menjana keuntungan dan terus menjana keutungan yang setimpal daripada perniagaan tersebut, untuk bertahan dan berkembang dengan perniagaan tersebut adalah perkara yang berbeza dan sangat mencabar

Setelah bertahun-tahun mencuba bertahan dengan perniagaan tersebut, barulah anda sedar bahawa produk dan perniagaan anda itu bukanlah suatu yang berbaloi dan bernilai tinggi. 

Patutlah walau sekuat mana pun anda berusaha, walau selaris mana pun produk anda, ianya masih melelahkan, tidak mampu memberikan anda time freedom dan sukar untuk diwariskan kerana ianya perniagaan yang sukar untuk disambung dan diteruskan kerana permintaannya terhad, orang yang menguruskannya pula perlukan lesen kepakaran yang tertentu yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang dan memerlukan bertahun-tahun pengalaaman untuk dapatkan lesen dan sebagainya. 

Malahan, waris anda juga tidak dapat teruskan perniagaan anda kerana mereka tidak minat atau tdiak memiliki lesen kepakaran yang diperlukan. Jadi, mengapa anda hendak fokuskan masa, usaha dan tenaga anda kepada aktiviti dan perniagaan yang tidak boleh diwariskan dan diteruskan oleh anak-anak dan keturunan anda semata-mata?

Lebih malang lagi, perniagaan tersebut juga tidak mampu bertahan sewaktu musim pandemik dan tidak dapat dijalankan sewaktu pandemik. Mengapa anda masih memilih perniagaan seperti ini?

Puluhan tahun kemudian, setelah banyak masa anda dihabiskan untuk perniagaan tersebut, anda pun tersedar dan waktu itu, semuanya sudah terlewat untuk diubah dan berpatah balik.

Walau bagaimanapun, janganlah anda langsung tidak berniaga pula. Mulakan usaha perniagaan anda yang betul dan benar-benar berbaloi pada usia muda agar sekiranya ia gagal, anda masih ada masa untuk mengubah dan membetulkannya. 

Akan tetapi, untuk lebih menjimatkan masa anda, fokuslah kepada perniagaan yang dibuat oleh orang-orang kaya. Ada sebab mengapa mereka melakukannya. Malahan, perniagaan yang mereka jalankan juga adalah perniagaan yang diwariskan oleh datuk dan nenek moyang mereka yang sangat arif tentang perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang berniali tinggi sejak dahulu. Permudahkan proses perniagaan anda tersebut dengan mengikut teknologi dan trend terkini agar perniagaan anda kekal relevan dan tidak ketinggalan. 

Menyimpan emas dan berniaga emas adalah salah satu daripada jawapannya. Ada banyak lagi. Jangan fokus kepada satu sumber pendapatan sahaja. Gandakan emas anda dengan memanfaatkan masa anda sebaiknya.

Fokus masa dan usaha anda kepada aktiviti-aktiviti yang bernilai tinggi, yang akan berkembang dan meningkat nilainya dari semasa walaupun anda tiada di premis perniagaan anda, walaupun anda sedang tidur dan berehat, seawal mungkin. 

Selain berniaga, teruskan sebarkan ilmu dan kebaikan yang mungkin dapat membantu menyelesaikan seribu masalah orang-orang yang memerlukan di luar sana, sekadar yang anda termampu..

Ianya sangat berbaloi. In Syaa Allah.

Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga

Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia



 .



 

0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...