Saturday, April 5, 2025

Bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan diri?

 

Bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan diri?


1. Anda perlu ada sasaran/ matlamat kewangan yang jelas

Contohnya, anda mahu kumpul RM2.4 juta dalam masa 30 tahun. Dengan jumlah sebanyak ini, sekiranya anda letak wang ini di dalam tabungan yang memberi dividen 5% setahun sebagi contoh, anda akan menerima RM120,000 setahun @ RM10,000 sebulan utnuk belanja bulanan walaupun anda tidak berkerja

 

2.       2. Anda perlu buat bisnes pada waktu anda tidak perlukan bisnes

 

Hasil pendapatan sampingan akan mempercepatkan lagi tempoh untuk mencapai sasaran/matlamat kewangan anda. Jangan tunggu sehingga diberhentikan kerja baru hendak mulakan bisnes. Menguruskan bisnes bukanlah suatu yang mudah dan memakan masa untuk mahir. Mulakan seawall mungkin.

 

3.   3. Anda perlu menjana pendapatan secara aktif dan pasif (jangan fokus pada satu sumber pendapatan sahaja)

Pendapatan secara aktif bermaksud anda mendapatkan sejumlah upah, katakanlah RM5000 sebulan dengan bekerja makan gaji dengan sesebuah syarikat sama ada secara tetap, sambilan atau sampingan atau dengan anda berkerja sendiri menjalankan perniagaan anda sendiri dengan menjual poduk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.

Dengan ini, anda perlu hadir ke pejabat atau premis perniagaan anda seiap hari untuk menjana pendapatan.

Jika anda tidak hadir berkerja sehari atau jika anda tidak menjalankan perniagaan anda selama sehari, anda mungkin akan kehilangan pendapatan untuk satu hari tersebut. Inilah maksud ringkas untuk pendapatan aktif.

Pendapatan pasif pula bermaksud, pendapatan anda akan tetap mengalir masuk dan bertambah walaupun anda tidak hadir berkerja, walau anda dimasukkan ke wad untuk rawatan, walaupun anda sedang tidur dan sebagainya.  Contoh pendapatan pasif ialah dividen saham amanah, dividen Tabung Haji, dividen KWSP, hasil kutipan rumah sewa anda dan banyak lagi.

Golongan kaya lazimnya memiliki banyak sumber pendapatan pasif ini.

Seronok bukan?

Jadi, untuk capai matlamat kewangan anda secepat mungkin, gunakanlah kedua-dua saluran sumber pendapatan ini, iaitu pendapatan aktif dan pasif segera.

 

4.      4. Paksa diri untuk menyimpan dan tingkatkan simpanan dari semasa ke semasa

 

Simpanan sangat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini dan juga pada masa hadapan. Tidak ada orang kaya yang tidak menyimpan. Simpanan yang kukuh hanya boleh dicapai dengan memaksa diri untuk menyimpan dengan disiplin. Mulakan menyimpan walaupun sedikit untuk menanam tabiat/habit suka menyimpan.  

 

5.       Lunaskan segala hutang secepat mungkin dan jangan buat hutang negatif yang baru

Hutang negatf yang banyak akan melemaskan diri kita dan melambatkan peluang kita untuk menjadi kaya. Gunakan segala bonus dan wang tambahan yang ada untuk melunaskan hutang secepat mungkin.

 

6.     5. Kawal nafsu berbelanja

Kurangkan pergi shopping tanpa tujuan. Libatkan kesemua ahli keluarga dan didik keluarga untuk berjimat dan berbelanja sekadar perlu untuk sementara (sekurang-kurangnya sehingga tabung dana kecemasan keluarga mencukupi). Fokus kepada simpanan sehingga cukup jumlah tabungan dana kecemasan. Ajar diri dan keluarga untuk hidup secara sederhana dan berbelanja sekadar yang perlu. Beli kenderaan, rumah dan segalanya sekadar perlu, bukan ikut kemampuan. Belajar untuk hidup di bawah kemampuan. Kurangkan juga tidur di hotel, melancong buat sementara.

 

7.       Alihkan sebahagian simpanan sedia ada kepada bentuk emas. Pesan pakar, minimum 10% daripada simpanan kita harus disimpan dalam bentuk emas

 

Wang simpanan yang dialih ke emas akan menimbulkan rasa sayang untuk berbelanja. Apabila kita mengumpul emas, kita aka nada rasa untuk tambah jumlah gram emas dan ini akan perlahan-lahan mendidik kita untuk kawal nafsu berbelanja

 

8.      6. Tambah ilmu kewangan dan pelaburan

Pesan mentor, bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu yang akan membuatkan kita kaya.

Jika kita kaya tapi tiada ilmu, kita akan habiskan kekayaan kita dalam masa yang singkat dan kekakayaan kita juga tidak akan mampu bertahan lama.  Kita akan mudah tertipu dengan skim cepat kaya dan sebagainya. Kita juga mungkin akan mengalami kerugian besar dalam masa yang singkat, terutamanya dalam pelaburan saham

 

9.       7. Dapatkan mentor

Kita sebaiknya mendapatkan mentor yang betul dalam usaha untuk mencapai matlamat kewangan diri. Ini sangat penting supaya kita sentiasa boleh dapatkan tunjuk ajar yang baik dan betul. Dengan tunjuk ajar dan nasihat yang betul, kita akan kurang buat kesilapan dan dapat elakkan diri dari melakukakn banyak kesilapan. Dengan ini, kita akan dapat capai matlamat kewangan kita dengan lebih cepat. Mentor yang baik juga kita boleh jadikan role model kita. Role model ini sangat penting untuk kita jadikan ikutan kita.

 

10.   8. Bergaul dengan circle yang positif dan telah berjaya

 

Circle yang positif penting untuk kita meneruskan usaha kita saat kita diuji. Circle yang baik akan sokong kita pada waktu kita sedang lemah. Circle yang baik juga akan sudi berkongsi ilmu dan tips untuk membolehkan kita mengatasi ujian kita dalam mencapai matlamat kewangan kita sebagamana yang pernah mereka lalui untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Circle yang baik juga akan sudi berkongsikan pelanggan mereka dengan kita dalam hal-hal tertentu. Circle yang positif juga sangat-sangat menghargai masa mereka dan juga masa kita. Jadi kita tidak akan membuang masa pada hal-hal yang tidak penting ketika bersama mereka.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia


'Your ultimate financial freedom begins here'


0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...