Monday, April 7, 2025

Langkah Untuk Berjaya

Untuk berjaya, kita perlu letakkan matlamat kita lebih besar daripada kesusahan dan cabaran kita.

Kita kena ada matlamat yang sangat besar. Dengan matlamat yang sangat besar akan menjadikan segala yang lain nampak kecil.

Dapatkan ilmu yang betul secepatnya dan berkerja sekeras-kerasnya sekurang-kurangnya untuk 3 tahun pertama untuk membolehkan kita rehat selama 30 tahun atau lebih.

Sebarkan kebaikan dan bantu seramai mungkin orang di luar sana untuk berjaya.

Pesan mentor, untuk tips untuk berjaya adalah:-

'Tahu apa yang orang berjaya tahu. Buat apa yang oang berjaya buat. Dapat apa yang orang berjaya dapat'

Dalam hidup ini, kita ada banyak aktiviti yang membuatkan kita sibuk, tetapi, tidak semua aktiviti itu bernilai tinggi. Untuk dapat pendapatan lumayan, fokuskan kerja anda kepada aktiviti yang bernilai tinggi sahaja seperti bina hubungan dan kepercayaan pelanggan, tingkatkan ilmu pemasaran dan komunikasi , rutinkan belajar skill baru, servicing dan bina pasukan.

Selanjutnya, banyakkan berdoa minta Allah bantu. Minta juga ibu anda, bapa anda, guru anda, pasangan anda dan anak-anak anda agar doakan kejayaan anda.

Abaikan segala perkara yang tidak penting dan tidak bernilai tinggi. Fokus kepada aktiviti-aktiviti yang bernilai tinggi sahaja dan fokus untuk berjaya.

Semoga kita semua berjaya dan terus berjaya di dunia dan di akhirat. 

Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia

'Your ultimate financial freedom begins here'

0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...