Mengapa kita perlu menyimpan/menabung?
Adakalanya di dalam hidup ini, berlaku perkara-perkara yang
tidak diingini dan di luar perancangan kita seperti kerosakan harta benda
akibat banjir, kebakaran rumah, kerosakan major ke atas kenderaan kita, kehilangan
kenderaan, kehilangan laptop, diserang penyakit mengejut yang mana pampasan
insurans kita tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan kita atau mungkin
juga penyakit kita itu tidak dilindungi oleh insurans, kehilangan pekerjaan, gangguan
ke atas operasi harian rumah kediaman seperti kebocoran paip air, kerosakan
pendawaian elektrik dan sebagainya.
Kerosakan dan gangguan ini perlu diatasi segera dan mungkin
memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dalam kadar segera.
Pada waktu tersebut, cuba bayangkan apa yang dapat kita
lakukan untuk menyelesaikan masalah kita ini sekiranya kita langsung tiada
simpanan dan tabungan untuk dana kecemasan? Adakah kita akan meminjam daripada
adik beradik, rakan-rakan dan sebagainya? Jika kita bernasib baik, kita mungkin
dapat meminjam jumlah yang mencukupi dalam masa yang terdekat. Bagaimana jika
tidak ada yang sudi meminjamkan wang kepada kita? Bagaimana jika jumlah
pinjaman yang diperoleh itu tidak mencukupi?
Di sinilah pentingnya untuk kita memiliki simpanan dan juga
tabungan untuk dana kecemasan.
Dealer Aktif Public Gold
Bangi, Malaysia
'Your ultimate financial freedom begins here'
0 comments:
Post a Comment