Monday, April 7, 2025

Bilakah waktu terbaik untuk membina pendapatan kedua?

Bagi yang masih bekerja, waktu terbaik untuk anda membina pendapatan kedua adalah ketika anda masih berkerja dan tidak terdesak. 

Bak kata mentor saya, buat bisnes sewaktu anda tidak perlu berbisnes. 

Pada musim PKP yang lalu, sekitar 100,000 pekerja hilang pekerjaan. Jangan tunggu sehingga anda diberhentikan kerja kerana prestasi syarikat semakin merosot atau sehingga tiba PKP kali kedua baru anda hendak mula membina pendapatan kedua. Sediakan payung sebelum hujan.

Dengan membna pendapatan kedua sewaktu anda masih berkerja, anda akan kurang stress kerana anda masih anda pendapatan yang tetap walaupun usaha anda membina pendapatan kedua masih belum mendatangkan hasil.

Jika anda masih belum berjaya, sekurang-kurangnya anda masih ada masa untuk membetulkan kesilapan anda kerana anda telah bermula awal. 

Proses membina pendapatan kedua bukanlah suatu yang mudah, perlu banyak ilmu, memakan masa dan perlukan kegigihan dan kesabaran. Namun begitu, ianya sangat berbaloi kerana jika anda berjaya, anda akan dapat mencapai matlamat kewangan anda dan juga kebebasan masa anda dengan lebih cepat. 

Kejayaan tidak datang serta merta. Dalam tahun pertama, anda perlu gali ilmu sebanyak mungkin, luangkan masa anda untuk hadiri latihan-latihan yang diperlukan untuk lengkapkan diri anda untuk menjawab segala soalan bakal pelanggan. Lengkapkan juga diri anda dengan alat-alat (tools) yang diperlukan. Belajar daripada senior-senior yang telah berjaya di dalam perniagaan tersebut. Lagi cepat anda belajar dan faham, lagi cepat anda akan berjaya.

Buang jauh-jauh segala alasan dan fokus kepada matlamat anda. Alasan hanya untuk menyedapkan hati dan melambatkan kejayaan anda. Alasan juga tidak akan membawa apa-apa kemajuan kepada diri anda.

Kuatkan semangat, jangan putus asa dan jangan berhenti di tengah jalan. Teruskan usaha siang dan malam dengan ilmu dan nasihat dari mentor. 

Yakinlah bahawa Allah akan memberi rezeki kepada anda setelah anda betul-betul bersedia. In Syaa Allah


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia

'Your ultimate financial freedom begins here'

0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...