Emas kalis inflasi dan boleh menyimpan niai merentas masa. Emas dapat membantu mengekalkan kekayaan kita.
Inflasi menurunkan nilai wang kertas kita dari semasa ke semasa. Dengan menyimpan wang kertas semata-mata, kekayaan kita akan merosot kerana nilai dan kuasa membeli kita dengan menggunakan wang kertas kita semakin menurun disebabkan oleh inflasi.
Wang kertas atau wang FIAT, tidak mampu menyimpan nilai. Nilai wang kertas bersandar kepada kerajaan yang mengeluarkan wang kertas tersebut. Sekiranya negara tersebut dilanda peperangan, dilanda krisis ekonomi dan sebagainya, nilai wang kertas tersebut akan jatuh. Berbanding emas, emas nilainya berdiri sendiri. Sewaktu krisis ekonomi, nilai emas semakin meningkat.
Emas juga mampu merentas lokaliti, maksudnya emas laku di mana sahaja di seluruh dunia.
Berbanding dengan wang kertas, kebiasannya, ianya hanya laku di negara tersebut sahaja.
Emas juga mudah dicairkan sekiranya kita perlukan wang untuk urusan kecemasan.
Wang kertas boleh dicetak. Semakin banyak wang kertas dicetak, nilainya semakin jatuh kerana jumlahnya di pasaran bertambah. Emas tidak boleh dicetak. Jumlah emas di dunia adalah tetap dan tidak bertambah. Jadi semakin lama, harganya semakin tinggi.
Menurut pakar kewangan, sekurang-kurangnya 10% daripada kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas fizikal
Dealer Aktif Public Gold
Bangi, Malaysia
'Your ultimate financial freedom begins here'
0 comments:
Post a Comment