Saturday, April 12, 2025

Sihat Tubuh Badan Sihat Kewangan

Kekayaan harta akan kurang nikmatnya sekiranya tubuh badan kita tidak sihat

Sudah ramai yang mati di seluruh dunia termasuklah para jutawan setelah menderita pelbagai penyakit kronik yang kebanyakkannya berpunca daripada gula, makanan dan minuman berperisa, berperwarna dan diawet, stress, gaya hidup yang tidak sihat dan sebagainya

Tubuh badan kita adalah amanah Allah yang perlu kita jaga dan akan disoal.

Untuk jaga kesihatan tubuh badan kita, kita perlu jaga pemakanan harian kita sejak dari muda lagi.

Elakkan makan makanan yang bergula dan juga makanan yang diproses. Jangan makan terlalu banyak dan terlalu kerap. Jangan sering makan lewat malam. 

Banyakkanlah berpuasa untuk menurunkan paras insulin badan.

Selain itu, makanlah vitamin dan suplemen yang diperlukan oleh tubuh badan kita seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, Omega 3, magnesium, vitamin B, C, D, E dan banyak lagi

Jaga juga waktu tidur. Jangan tidur pada waktu yang dilarang dan jangan sering tidur lewat malam.

Jangan sering membaca handphone di tempat yang gelap. Ini boleh merosakkan mata.

Elakkan juga mandi pada waktu malam (Selepas maghrib). Tidak bagus untuk kesihatan. Amalkan cara mandi seperti yang diajar oleh Rasulullah.  

Pantau kesihatan tubuh badan kita dengan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik atau hospital yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dapatkan pandangan doktor dan pakar kesihatan berkenaan tahap kesihatan tubuh badan kita

Selain itu, pemanduan kenderaan cara yang selamat dan berhemah juga dapat membantu mengelakkan kita daripada kecederaan tubuh badan. Pandulah kenderaan dengan sabar dan berhati-hati.

Bila tubuh badan kita sihat, kita akan dapat berfikir dengan lebih baik, lebih bertenaga, dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan dan dapat membantu kita mengelakkan diri daripada berbelanja untuk kos rawatan yang tinggi.

Dengan ini, kita akan dapat meningkatkan tabungan kita untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk masa depan kita dan keluarga kita. In Syaa Allah.


Anda berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold? Sila klik di sini untuk saya bimbing anda mulakan simpanan emas anda hari ini juga


Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Dealer Aktif Public Gold 
Bangi, Malaysia


'Your ultimate financial freedom begins here'




0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Untuk Keluarkan/Fizikalkan Emas Dari Akaun GAP?

 Anda boleh keluarkan/fizikalkan emas dari akaun GAP anda dengan menggunakan feature/ciri/fungsi withdraw melalui applikasi Public Gold di h...